Friday, 15 May 2015

40 hari

Assalamualaikum :(

Khamis haritu genap laa 40 hari umi meninggal. Rasa baru lagi aku cerita kat umi kena tukar sekolah baru, umi bagi nasihat, one of it, plan my lesson wisely as we can't be just a teacher we must be a dedicated and know well what we teach.

Alhamdulillah berkat minta doa banyak banyak kat Allah bagi kuat bagi kuat, lately aku kurang dah sikit nangis. Kurang sikit. Bukan takde langsung. Kesian moja kadang kadang tu.

Tiba tiba je ada air mata. Dia dari buat keja kena duduk jap mengadap aku. Thanks dear.

Ada certain probs I really miss to hear her advise. Some of other thing aku dah penah share, aku boleh ingat lagi apa dia cakap. But for new problem? Hmm.

Cara umi nasihat is totally different dengan orang lain. Masa dulu aku muda muda aku maleh sikit nak dengar, tapi bila dah tua camni, ya Allah sedapnya dengar nasihat umi. Rasa macam cair and terus ada solution.

Contoh eh... umi akak takde masa, takde mood nak buat thesis. Umi "biasa la tu bukan semua waktu kita committed dekat keja kita. Umi pon kadang kadang tu malas nak keja. Tapi bila fikir ada orang yang nak keja tapi takde peluang tu cepat cepat umi datangkan mood. Cari la cara nak datangkan mood tu balik. Kalau umi, umi suka masak, kalau akak terpulanglah, jalan jalan kee. Lepastu banyak banyak sikit bangun malam minta dekat Allah tambahkan tenaga kita waktu siang. Alaa umi tau akak boleh."

Tsk.

I need this word back as my thesis haven't progress much. Hm.

Ei takutnya nak raya tahun ni. Tak best langsung langsung. Thou first time raya dengan suami, tapi... tah laa. Lain! Sapa nak belikan kuih raya, tempahkan baju raya, banyak. Sungguh aku rasa nak skip syawal this year. Tapi mana boleh kan. Hmm

Ok lah. Nak siap siap. Malam ni ada kenduri arwah 40 hari. Byee. Salam. :(

No comments:

Post a Comment