Assalamualaikum :)
Alhamdulillah dah raya dah habis raya pon. Ingat nak buat juga entry raya 2015. Maklum ler first time iols raya ada suami. Tapi nanti lahh.
Haritu family Moja cakap nak datang rumah since weols pindah dorang tak penah datang lagi. Tapi masa dorang nak datang tu aku ada family gathering kat PD. So x dapat la datang.
Weola suruh la dorang ni datang time lain 2.8.2015. Tengah pikir2 nak masak apa, tiba tiba rasa macam nak ajak sekali family aku. Masa ni dalam keta otw ke PD. pikir2 menu ok set. Tempah je.
Dari 2, 3 menu tambah lagi, tambah lagi.. dari dua family, jadi ajak kawan kawan. Jadi macam dah terajak semua orang. Haruslaa dah nervous.
Macam mana ni....
Cukup tak ruang nanti orang nak duduk?
What if tak cukup makanan?
What if hujan?
What if padanan makanan tak sesuai?
MACAM MACAM LAA KAN. baru aku paham perasaan mak aku dulu dulu kalo nak buat jemput makan.
Ingat kan senang macam ajak budak2 trip rancak tu. Gelabah dah ni peloh peloh semua dah kelua. Doakan ehh
Menu setakat ni...
Mee kari- tempah kat batu caves
Nasi impit- rebus sendiri
Kuah kacang- dalam perbincangan. Tapi nak buat pon takde hal lah *amboi riak* haha
Rendang- tempah kat macik. Jangan orang lain tak makan lagi aku dah habiskan. Well rendang macik sedap gila weh
Satay- order kat satay kajang kot.
Buah buah
Kek kot
Air
Rasa macam sikit. Apa lagi yeee. Perlu kee buat bihun goreng? Perlu kee buat laksa? Perlu keee buat macaroni yang makan dengan mushroom soup tu? Ahhhh... :(
Tolong laa macik yang dah tua tapi kurang pengalaman ni. Tskk.
May Allah easeee. Ok la da magrib. Byeee.
No comments:
Post a Comment