Tuesday, 2 December 2014

Doa Umi

Assalamualaikum :)

One future banged into me today and really disturbing. Its 1.14am, i cant sleep. These few days, i always feel like want to write my whole life story. Thou not so much WOW, but i do feel those NORMAL story help me grow well. Alhamdulillah.

As tonight let me start with this. DOA IBU.

Aku ni budak biasa biasa je. Orang lain abis SPM 6 , 7 A, aku 1 je. Jujur ni. Memang satu je. Masa dapat result tu, kalo zaman aku, layak lagi masuk IPTA, tapi kos biasa. Bukan hot stuff course.

Masa apply UPU, budak mentah macam aku ni takde aim apa apa pon. Kalau dapat masuk, tak dapat masuk jela IPTS. Aku aim KUIS masa ni. Orang lain dah start apply online, aku apply manual lagi. Beli borang kat BSN. Tapi masa zaman aku ni, 2006 sistem online baru nak famous. Masa ni kalau takde email address tu biasa lagi. Friendster pon baru nak up.

Okk sekali masa lepak dengan kawan sekolah, dorang tanya pasal wang pos mendee tah. Dia macam kalo beli pin kan kita bayar duit untuk register, aku memang terlupa langsung part ni. Balik lepak tu aku cakap kat umi. Umi pon terdiam. Aku anak sulung. Harapan dia tinggi nak aku ke IPTA.

Tah macam mana, few days after that, ada UPU bagi surat suruh bayar wang pos tu. Alhamdulillah. Masa bayar kat pejabat pos, my mom prayed a lot. I saw she pasted the envelop with dua. Balik tu dia pesan doa banyak banyak.

Masa umur camni aku admit kebergantungan aku dekat Allah tu tak sekuat mana. Setakat solat, tadah tangan dah cukup. Additional pray tu memang nan hadoo.

Sampai hari result boleh check thru sms. Aku baru balik tengok budak budak ni lawan ping pong kat SARJANA, acah senior sikit masa ni. Tetiba Alhamdulillah dapat UIA. Okk itu satu la cerita doa ibu.

Lain lain hal, banyak main aku ni dari belaja. Tapi orang selalu cakap kerja aku jalan, otak aku boleh pakai, exam score ( sometimes). Seriously none of them are from me. Aku kuat rasa umi yang punya doa semua ni.

Sama dengan urusan master aku semua ni. Ikutkan aku sangat tak cukup masa tak menang tangan. Mana kerja lagi, mana belajar lagi. Penat! Tapi tu laaa doa ibu jugak.

Banyak kalau nak cerita ada la sampai jadi satu novel tebal pon tak habis.

Tapi bad me, i always fight with her. Kadang kadang banyak yang tak sebulu. Tah laaa.  Mohon umi tak berhenti berdoa. Mohon umi maafkan. Mohon Allah sejahterakan dan mudahkan semua urusan umi jugak. Aminnn.

Okk itu cerita pertama. Nanti cerita yang lain pulak. Banyak nau kat otak ni. InshaAllah...

No comments:

Post a Comment