Tuesday, 31 March 2015

Doa hari hujan

Assalamualaikum :)

Either its coincidence or really happen, i take it as Allah grant my sincere doa during raining time. Really He's a best listener.

Camni cerita dia. Pusat Anak Permata Negara baru nak bukak kat setapak, 2 centre. So since our place seems like having enough teacher, they (HQ) want to take one of the teacher from our school to there.

Setapak?? Aku memang la suka sangat sangat tempat tuu. Dekat dengan uia, dekat dengan familiar place, banyakkk lagi. Sungguh memang suka.

Tapi since umi sakit, since aku baru je pindah kat saujana putra, dah kenapaa aku nak pegi sana everyday pulak kan. Mati laa nak bayar minyak semua tuu. Soo... Of course aku tak nak.

Asalnya bukan nama aku pon, tapi since akak yang nak kena tukar tu pon macam betul betul tak nak, pegawai suruh weols decideee. Kalau ikut seniority yer memang aku la yang patut pegi. Ok okk..

So balik laa aku dengan penuh sedih dan sedu. Masa tu hujan lebat gilos. Dalam kereta tu aku doa banyak banyak kali 'mudahkan urusan aku ya Allah, mudahkan urusanku ya Allah...'

And amazingly aku sampai rumah, sebabkan malas fikir cerita pindah randah aku tidur. Bangun tidur tengok panjang betul whatsep kakhana. Rupa rupanyaaaaa......

Good news. One going to transfer to PAPN Putrajaya which is only 2 minutes from out centre. Takpee lah kalau aku yang pegi pon aku relaa sebab tu dah cukup baik dah.

So alhamdulillah syukur nikmat. Allah is really a good listener. Thanks Allah. Legaaa.

Sekarang tengah tunggu surat and having last moment with my kids. Tapi tak jauh mana pon inshaAllah ada free time aku datang. Rindunyaaaaa nanti... Tsk tsk.

Ok lah sup tulang dah nak siap. Beli bungkus jeee. Bukan malas yer tapi perabot tak sampai lagi. Tong gas tak beli lagi. Soooooo.... Makan bungkus jelaa eh. Sorry Abang. :)

Monday, 30 March 2015

cancer caregiver


Assalamualaikum ;(


last time, I text Dr Haniza told her about my mom condition and all. then she said there is a support group for cancer patient and caregiver. that time, I was like... ehh why caregiver needs a support?

masa tu umi masih boleh buat some of works by herself. like mandi, makan, etc etc. but since we chose to have some treatment (chemo) so by now she's quite unable to help herself maybe chemo effect or something. but I still positive. hopefully by the treatment given, she can back to herself after this. amin aminnn.


so bila she can't even help herself, we can't even leave her for a second. there must be somebody stay with her. since anak-anak semua kerja and belaja, so abi lah yang selalu jaga umi. ya Allah sedih sangat part ni. tengok how's abi jaga without going anywhere is really something for me. abi used to be someone yang suka fresh air. dia kalau takde kerja pon normally he will lepak at mamak with his friend. but now?

dah lah this time seriously she can't even move to take her meds nearby to her bed. so she keeps calling us time to time. plus she wants lot of weird things which she never need them during her healthy time. like,,,, nescafe ice at 10pm.

so kadang-kadang syaitan tu cari je masa untuk aku bengang waktu jaga umi. macam tadi, tah laa baru sehari not even 24 hours yet, aku dah jadi penat and almost mad. masyaAllahhh.. ;(

dia macam aku jadi unstable mood rasa nak marah bila baru je nak duduk dah kena panggil, tisu jatuh. then, I need a washroom thou she's wearing diapers. actually aku paham psychology orang sakit dia bukan nak kan tisu jatuh sangat pon, but she's more to get an attention kot. tak silap lah.

every time aku macam dah penat, cecepat aku istighfar and ingat balik how tough she take care of us. ;(

betul betul betul, anak sepuluh orang takkan mampu jaga emak seorang. tsk.


tadi masa i done all before put her into bed, she said thanks akak. i was like, umi you don't have to say thanks. then she asked what time you going to work tomorrow? 630am. ok salam lah siap-siap, kot masa akak pergi umi tengah mandi. ya Allah sedunya time ni. she kissed my cheek, i really bad at expressing feeling. aku cakap okand go. which actually i want her to know what i write here. tskkk.


dah laa air mata dah kena kat spek. tak nampak screen laptop dah. Allah all we have by now is you. you create a pain and only You have a way to cure it. please Allah, please....

Sunday, 29 March 2015

Masuk rumah baru

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah Allah lebih kurang sebulan kahwin kiteorang decide nak duduk asing. At first aku laa yang dok azan azan kat telinga Moja, jom pindah jom pindah. Hehe.

Bukan sebab apa. Aku nak ke putrajaya dari batu caves tu memang tak jauh mana, tapi memang jammed. Pegi balik. Aku dengan keta manualnya, mohon la paham sampai keja tu rasa nak mengamuk baling baling penatnya.

So.... Alhamdulillah finally we found a house to stay. Cuma living cost bertambah BANYAK. So lepas ni kena attach lebih sikit dengan buku kira kira bulanan. Hehe.

Sebabkan moment nak masuk rumah baru tuuu undescribable so let me share a bit. A bit sampai aku larat nak tulis lah. Hehe.

So bila dah dapat rumah tu, excited gilos. Dok survey furniture laa (duit takdee, survey yo lebih. Hehe) dok review blog blog orang baru pindah rumah laa. Macam macam. So dari hasil research tu, dapat la decide apa yang penting nak beli dulu, apa yang tak.

Jujur la eh kalo nak sedap masuk rumah tu, ada 5k memang sedap. Tunjuk tunjuk kat kedai esok lusa sampai. Weols yang tak berapa banyak budget niiii... Tak payah cakap laa, tunjuk tunjuk kelua kalkulator. Hahaha.

Manis beb rasa dia. Ko ambik barang letak dalam troli semeter lagi nak sampai cashier kelua kalkulator. Haha. Tapi tu laa Moja is baik. Thou tak cukup or overbudget pon still nak proceed gak. Unless kalo memang takde tempat nak korek duit dah. Haha.

So aku ambik kunci sabtu. 28.3.2015. Pagi tu ada aktiviti kat sekolah. Tengah hari abis aktiviti laju laju excited berdua kee kedai perabot. Weols pegi yang kat Dengkil. Kenapa dengkil? Sebab dengkil tengok macam area low living cost, dijangka mungkin murah. MEMANG MURAH tapi.... Kat saujana putra pon ada yang lagiiiikkk murah. Putih mata jap. Haha.

So kat dengkil tu kiteorang habis dalam 2k++. Berjaya gak la Moja dapatkan Lshape sofa dia. Punya nak sangat...

2k ++ tu kiteorang beli...
Set bilik tidur- 1050 (included mattress)
Tempat letak dapur tu -220
Tempat letak tv -190
Lshape sofa- 460
Meja makan- 260

Ada laa lagi benda kecik kecik. Ada yanh tanya apesal living room dulu? Peti ais mana??

Tanya Moja. Dia yang decide. Aku maleh nak gadoh gadoh ke apa. Next month gaji plannya nak beli peti ais - <700. Lepas tu tv besar gajah si Moja nak sangat <1000. Dan barang barang sampingan lain.

So itu Sabtu. Lepas dapat kunci weola lelaju p IKEA. haa kat sini lagi la out of control. Tapi duit dah tak banyak. Huu.

Kat MR DIY habis dalam 90++ ni beli barang2 macam senduk, penyangkut baju apa apa lah lagi. Kat IKEA plak habis dalam 120 kot. Ini lagi laa beli benda yang tak berapa perlu seperti lampu dan cermin. Niat asal nak beli coffee table rm29 tu jeee. Terlebih pulak. Tskk.

Ahad pegi cuci rumah. Tapi ada gak singgah kedai plastik beli incomplete stuff like pail dan lain lain. Habis dalam 120.

Banyak jugak bagi aku yang sangat kedekut nak keluarkan duit sekali banyak banyak. Risau aku sebab aku dah gaji. Tapi Moja dia belum gaji. So untuk next month dia tau camana nak rolling duit untuk hidup. So gadoh along the process tu biasa laa. Aku nak letak dia ambik. Aku ambik dia letak. Biasa laa gadoh. Biasaaa. Ke korang tak?? Haha

Sampai laa ke acara kemuncak cuci rumah. Ya Allah aku ingatkan best ler buat bersama tersayang. Sekali......

Buat bersama tersayang secara silent. Haha. Sebab? Moja gila perfectionist. Lepas tuu dia memang nak buat sampai bersih. Aku dah cuci toilet, dia datang cuci lagi. Lama lama aku malas. Aku ambik langsir pasangkan. Memang dia buat dari atas sampai bawah. Thanks Abang... :)

So siap mencuci tu dalam asar pukul 6. Sambung pulakkk dengan lampu dan cermin dan hiasan hiasan kecil. Kata orang semangat rumah baru laa kononnya.

Ok laa nak sambung kemas. Malam ni tak tidur rumah baru pon. Tidur Cheras, jaga umi.

May Allah increase our love in that beautiful house. May Allah ease all. Aminn aminnn.

Ada ke yang baca? Sorry ler panjang. Goodbyeee. :)

Wednesday, 25 March 2015

berkait-kait

Assalamualaikum ;)


macam mana laaaku nak tulis concept paper ni?? banyak nya benda aku pikir. hm.

sebelum kahwin itu hari, pikir pasal preparation nak kahwin. okk habis kahwin, pikir pasal new life, new adjustment semua. survey mudah tengok rumah sana sini. lepas tu dah pilih rumah, kena pikir pasal _________________________________.

macam macam. aku ni dah la memang suka berfikir. sebab tu cita-cita aku nak jadi bos. aku suka fikir. tapi aku tak suka buat. amboi sangat. haha.


dua hari dah aku determined gila pegi library lepas keja. tapi tengok ah screen laptop aku ada apa. tak habis habis tengok benda benda ni. Ja, wish you are here. at least bila pikir i ada supporters. hm hm.


aku ni niatnya nak hantar draft conspet paper jumaat ni. tengok laa ni dah hari apa. sigh. ;(


ok lah. nak CUBA buat. byee

Friday, 20 March 2015

Big dream

Assalamualaikum :)

Alhamdulillahh da habis praktikal. Lepas ni tulis report sepatah dua then done. Yeay. Thanks Allah for that experience.

Harini nak pegi kedah jap lagi. So now kena pegi service kereta semua. Cis ingat dah ada suami tak kena buat dah. Tapi nak buat camana suami sibuk, takpelaa. Best je pon buat benda ni. I learnt a lot. Haha.

Aku kan ada impian besar. Contohnyaa laa..

Aim yang paling betul betul rasa nak capai is... BUKA TASKA SENDIRI. yang ni memang tiap masa sedut pengalaman yang ada hopefully one day it happens. Amin.

Second aim, buka bengkel kereta atau car wash. Hehe. Yang praktikal untuk perempuan. Paham paham laa car wash atau workshop normally fizikal dia kurang kemas and bersih. Abislah kakak kakak yang pakai ala diva tak boleh datang. Kesiannn.. so ini salah satu aim.

Third, ada PHD. Hmmmmmmmm jauhnyaaa untuk yang ni.

Itu je. Kereta pon dah nak siap basuh. Goodbye. :)

Friday, 13 March 2015

mata kelip kelip


Assalamualaikum ;(


ada dua benda yang kita selalu rasa macam nyawa sikit. phone dengan wallet. paranoid sangat aku kalau keluar rumah tak bawak dua benda ni. even just nak pegi buang sampah kat bawah rumah. haha. eh tapi wallet tu kurang sikit pebting dia, PHONE paling pentingg.

tapi kan..... sadly is today my phone felt down from my hand and GELAP. LCD rosak!

for the first time aku tunggu laundry baju terasa lama gila. selama ni masa laundry la masa aku nak baca blog kee, plan next lesson kee, scroll academia kee, main game kee, apa apa lah yang menuntut masa free. ni.... alahaiii.

dah tak tahan sangat, aku pon pegi la amik laptop kat kereta bukak laptop. pelik sangat tau kat kedai mamak, kat luar, aku bukak laptop. ingat tutti frutti? tskk.

last two days, mata kanan aku asyik kedip kedip. ada yang cakap ada petanda buruk. kalau petanda buruk tu yang ni, ALHAMDULILLAH. ada laa ni hikmah dia. sabar jela kan... huu. ;(

so now.... nak pikir nak beli phone apa pon mana lagi nak cari duit? dah laa gaji lambat this month.. eh salah, dah la gaji last month awal. duit kutu pon dah habis. tskk.

ok laaa. sedih... tskk.

Monday, 9 March 2015

Ada hikmah, inshaAllah

Assalamualaikum :(

Aku ulang ayat ni day to day, time to time. Bila down, bila sedih, bila tak tau mana nak tuju and apa nak buat. Eceh macam sedih betul. Hikhik.

Sama laa isu sebelum ni. Umi, keja, Moja, thesis. Ya Allah apesal laa ujian kesibukan kan tu untuk aku?? Tsk.

So every time soalan ni datang, aku kuatkan hati cakap ADA HIKMAH! InshaAllah...

Tapi betul la kata pepatah dulu. Satu mak boleh jaga 10 anak, 10 anak belum tentu boleh jaga 1 mak. Tsk.

Dillemaa weh. Mana satu nak utamakan. Memang oranh cakap keberkatan jaga ibu tu akan mudahkan urusan. Tapi macam mana? Be in my shoe.

Balik praktikal 530, dalam kepala kena siapkan 2 RPA untuk next class, progress report and daily teacher's journal. Nak jugak duduk hospital teman umi... Tapi macam mana??

Memang boleh bawak keja keja tu p hospital, tapi takkan aku nak buat alat bantu mengajar kat hospital? Dengan gam, water colour semua. Huhu.

Ya Allah ease my life Allah. Sihatkan umi... :(

Ok laa tah tetiba sedih. Bye nak sambung keja. Hm

Saturday, 7 March 2015

surat rayuan permohonan kuarters Putrajaya


Assalamualaikum =)

harini acah acah baik laa nak kongsikan surat rayuan kuarters. takde la bagus mana. but since aku try search tak jumpa jumpa, so bila create sendiri rasa la nak share. mana laa tau boleh jadi guideline orang lain kannn...

tapi aku baru hantar je tau, takde la nak kata berjaya dapat dengan surat ni.


______________________________
______________________________
______________________________   (alamat kita sendiri lah, sekali nama)
______________________________


____________________________________________________________________________

Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok B3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Wilayah Perekutuan Putrajaya.                                                                        5 Mac 2015

Tuan,

PEMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KUARTERS PUTRAJAYA

Merujuk perkara di atas, saya ________________________________________ merupakan guru ____________________________________________________ ingin membuat pemohonan untuk mendapatkan kuarters di Putrajaya.

2.         Untuk makluman pihak tuan, tujuan pemohonan kuarters ini adalah berdasarkan beberapa sebab. Yang pertama adalah berkaitan dengan rawatan untuk ibu saya. Beliau disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4 pada hujung Januari 2015. Kini beliau mendapatkan rawatan sepenuh masa di Institut Kanser Negara, Putrajaya dan memerlukan penjaga kerana beliau tidak dapat menguruskan diri sendiri atas masalah kesihatan. Buat sementara waktu ini saya tinggal di Batu Caves, rumah suami saya, yang mana menyukarkan saya untuk menjaga ibu saya sekaligus memberikan prestasi terbaik ketika waktu kerja atas sebab waktu perjalanan yang jauh setiap hari.

3.         Saya berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak puan. Di sini saya sertakan surat rawatan ibu saya dari Institut Kanser Negara. Kerjasama awal dari pihak puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.



Yang benar,




(_______________________________)


lebih kurang camni laa surat aku. tak tau la dapat ke tak. tapi aku dah jumpa rumah yang mampu sewa kat BSP. kalau tak dapat lagi kuarters ni aku duduk laa BSP tu dulu. 

hikhik tak sabar nak tempuh new phase of life. tak sabar jugak nak tengok duit habis macam air bila nak beli barang rumah nanti. tsk tsk tsk. ;(


okkk have to go. harapnya bermanfaat eh. byee. =) 




If i can be half...

Assalamualaikum :(

I really want to make both of my kesayangan heart satisfied.

Dear abang, serious memang nak sangat sangat balik rumah awak. Lipat baju sambil membebel, main dengan Zara, sembang sembang, last sekali... ??? Wake you up early morning and maybe we can go to gym on Sunday, have a very long day at home.. But..

Dear Umi, to leave you alone at hospital really can't make me sit in peace. I even remember of u during our lepak time. I'm not sure how's your health condition possibility, but He knows. And i kind of believe one of the reason of this test is to make me near to you, near, close and at least pay your uncounted love and deeds. Tsk.

Both are so important! Susah nak pilih. Susah nak divide time. Hm.

Sorry sayang, i do see your very try to adapt face just now. Huhuhu. We have to believe there might be the hikmah for this. InshaAllah.

Okk umi da abis solat nih. Byeee. :)

Friday, 6 March 2015

Come on writing mood

Assalamualaikum :)

It's Saturday. Its been a while aku tak mulakan Sabtu dengan thesis. Haha. Lama rehat. Beku otakk! Tskk.

Previous related research. Stuck here and don't know where to go. Huh.

Malasnya ya Rabbb. Tak tau nak cakap camana dah malas ni. Hm hm.

Mohon laa datang kekuatan menulis tu. Mohon lahh. Huu

Wednesday, 4 March 2015

Kenapa suami saya best 1

Assalamualaikum :)

Rasa nak post kat fb kee twitter kee. Tapi macam yo yo O pulak kang. So sini la private sikit. Hikhik.

Tengok gamba tu kan... See dia boleh bagi jawapan dari atas ke bawah. Aku tinggal pakai je nanti. Abang, (tak reti lagi panggil moja abang. Hm) i'm so lucky yo have you. Thankss. :)

Okk nak sesiap nak dating malam nanti. Lama tak jumpa, gila rinduuu.. Lololol.

Byee. :)

Wajah tua dari usia

Assalamualaikum :)

Kadang kadang kan terfikir kita bila kat atas lamaaa sangat. Once Allah wants to change it, in one snap, one blink all changed.

Macam tu la aku. I used to have such a very lucky way of life journey, previously. Macam aku penah cerita kat entry dulu.

Aku abis SPM masuk matrik UIA, terus relax relax masuk degree. Habis degree education tu, while the others struggling with boring and stuff, aku alhamdulillah melangkah tak berhenti. Seminit pon tak.

Masa tu muda lagi, 24 tahun. Aktif Ya Rabb. Panjang langkah sampai ke tidur je berenti kejap. Masa tu, masa aku hanya aku punya. Bujang kann... Riang ke sana sini. Nak makan, makan, tak nak tidur. Masa tu alhamdulillah lagi umi semua sihat walafiat.

But in no second, aku pon tak sedar bila, last year tiba tiba macam satu batu besar turun. Umi yang used to be very active, independent, tiba tiba diuji Allah. Cancer stage 3. Dengar ni aku macam nak patah lutut.

Tapi aku disokong dengan semua supportive environment. Semua okk sangat ok. Progress baik sampai... Early of this year.

Okk kalau ada macam nak tau boleh selak entry lepas.

Sekarang aku dah tak boleh nak riang ria sangat bergerak. Kalau dulu dalam 24 jam aku ada aku punya hal je, sekarang dah ada division. Aku, kerja, study, umi, moja.

Kadang kadang macam depress lah jugak. Serius rasa tak sempat nak buat semua. Untuk setiap division tu ada sub dia lagi. Contoh kerja, sekarang praktikal 1.1: RPA two a day. 1.2: alat bantu mengajar 1.3: profil budak 1.4: journal 1.5: cara perlaksanaan

BANYAK!!!

Tapi aku rasa Allah dah siapkan aku sebelum ni. Aku penah keja 3 part time sehari. RA, tuition teacher, translator buku kanak-kanak sambil buat master.

Sama macam sekarang. In this very critical time division, aku rasa boleh cope lagi. Cuma kadang kadang tuuu biasa laa. Mengeluh tu nak jugak adaa.

Kenapa aku? Kenapa sekarang? Why cant i have a healthy mom? Why the practical are so complicated? Why the HQ matter is so hard to solve? Why this? Why that?

Satu jawapan pasti penyejuk hati aku.

ALLAH TAKKAN UJI LEBIH DARI KEMAMPUAN KITA.

cukup damai ayat ni. Cukup tenang.

Rabbi yassir wa la tuassir. Aminnnn. :(

Ease all my matters Allah..

Eh aku baru perasan tajuk ni dah kenapaa? Haha. Tapi actly nak cakap aku rasa muka aku tua dari umur aku sebab i think a lot. Tskk. Kbai. :)

Monday, 2 March 2015

I'm married

Assalamuakaikum :)

Alhamdulillah dah selesai dah hal hal kahwin aku. Happy me! Lambat la sikit nak update. Biasa laa dah kahwin ni ada additional tasks. Dah balik kursus, bukan boleh terbongkang kat rumah. Kurang kurang acah acah la tanya, awak nak air?

Syukur sangat i have such a very understanding husband. Dalam aku sibuk berkursus dia pon ringan tangan nak tolong basuh baju, lipat baju, kemas bilik (ya Allah i never imagine he is too clean. Just imagine he keeps arrange everything in every less than 5 minutes. Pengsan)

Majlis haritu ok la. Just aku memang tak suka la tengok muka aku bermake up. Rasa macam orang lain. Lepas tu rimas. Haha. Makanan banyak lebih. Pelamin pon ok just nice. Apart from that, feel glad and syukur bcs Allah really make it run smoothly. Alhamdulillah..

Apa lagi nak tulis ehh...

Semua yang menjayakan majlis tu, terima kasih. Cant imagine that event if without them. Semua thank you ya. Terharu dengan kebaikan semua. Tsk. Wish can reply their deeds back. InshaAllah.

Okk lahh. Itu jee entry post wedding. Umi sekarang dah transfer IKN. so senang nak datang tengok. Lepas ni nak cari rumah pon area area sini jela. Senang nak melawat semua.

Satu je doa aku tiap masa. May this marriage, did not even a bit, reduce my love and care to my family. Aminnn.

Okkkk. Doa kan weols bahagia sampai syurga eh. :)