Saturday, 7 March 2015

surat rayuan permohonan kuarters Putrajaya


Assalamualaikum =)

harini acah acah baik laa nak kongsikan surat rayuan kuarters. takde la bagus mana. but since aku try search tak jumpa jumpa, so bila create sendiri rasa la nak share. mana laa tau boleh jadi guideline orang lain kannn...

tapi aku baru hantar je tau, takde la nak kata berjaya dapat dengan surat ni.


______________________________
______________________________
______________________________   (alamat kita sendiri lah, sekali nama)
______________________________


____________________________________________________________________________

Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok B3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Wilayah Perekutuan Putrajaya.                                                                        5 Mac 2015

Tuan,

PEMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KUARTERS PUTRAJAYA

Merujuk perkara di atas, saya ________________________________________ merupakan guru ____________________________________________________ ingin membuat pemohonan untuk mendapatkan kuarters di Putrajaya.

2.         Untuk makluman pihak tuan, tujuan pemohonan kuarters ini adalah berdasarkan beberapa sebab. Yang pertama adalah berkaitan dengan rawatan untuk ibu saya. Beliau disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4 pada hujung Januari 2015. Kini beliau mendapatkan rawatan sepenuh masa di Institut Kanser Negara, Putrajaya dan memerlukan penjaga kerana beliau tidak dapat menguruskan diri sendiri atas masalah kesihatan. Buat sementara waktu ini saya tinggal di Batu Caves, rumah suami saya, yang mana menyukarkan saya untuk menjaga ibu saya sekaligus memberikan prestasi terbaik ketika waktu kerja atas sebab waktu perjalanan yang jauh setiap hari.

3.         Saya berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak puan. Di sini saya sertakan surat rawatan ibu saya dari Institut Kanser Negara. Kerjasama awal dari pihak puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.



Yang benar,




(_______________________________)


lebih kurang camni laa surat aku. tak tau la dapat ke tak. tapi aku dah jumpa rumah yang mampu sewa kat BSP. kalau tak dapat lagi kuarters ni aku duduk laa BSP tu dulu. 

hikhik tak sabar nak tempuh new phase of life. tak sabar jugak nak tengok duit habis macam air bila nak beli barang rumah nanti. tsk tsk tsk. ;(


okkk have to go. harapnya bermanfaat eh. byee. =) 




4 comments:

  1. Tq sharing.. semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. BSP bandar saujana putra. lebih kurang 20km dari putrajaya.

      ke putrajaya ikut SKVE tak jem, dalam 30minit camtu.

      Delete
  3. Dah dapat kuaters selepas hantar surat rayuan ni?

    ReplyDelete