Assalamualaikum :)
Alhamdulillah Allah lebih kurang sebulan kahwin kiteorang decide nak duduk asing. At first aku laa yang dok azan azan kat telinga Moja, jom pindah jom pindah. Hehe.
Bukan sebab apa. Aku nak ke putrajaya dari batu caves tu memang tak jauh mana, tapi memang jammed. Pegi balik. Aku dengan keta manualnya, mohon la paham sampai keja tu rasa nak mengamuk baling baling penatnya.
So.... Alhamdulillah finally we found a house to stay. Cuma living cost bertambah BANYAK. So lepas ni kena attach lebih sikit dengan buku kira kira bulanan. Hehe.
Sebabkan moment nak masuk rumah baru tuuu undescribable so let me share a bit. A bit sampai aku larat nak tulis lah. Hehe.
So bila dah dapat rumah tu, excited gilos. Dok survey furniture laa (duit takdee, survey yo lebih. Hehe) dok review blog blog orang baru pindah rumah laa. Macam macam. So dari hasil research tu, dapat la decide apa yang penting nak beli dulu, apa yang tak.
Jujur la eh kalo nak sedap masuk rumah tu, ada 5k memang sedap. Tunjuk tunjuk kat kedai esok lusa sampai. Weols yang tak berapa banyak budget niiii... Tak payah cakap laa, tunjuk tunjuk kelua kalkulator. Hahaha.
Manis beb rasa dia. Ko ambik barang letak dalam troli semeter lagi nak sampai cashier kelua kalkulator. Haha. Tapi tu laa Moja is baik. Thou tak cukup or overbudget pon still nak proceed gak. Unless kalo memang takde tempat nak korek duit dah. Haha.
So aku ambik kunci sabtu. 28.3.2015. Pagi tu ada aktiviti kat sekolah. Tengah hari abis aktiviti laju laju excited berdua kee kedai perabot. Weols pegi yang kat Dengkil. Kenapa dengkil? Sebab dengkil tengok macam area low living cost, dijangka mungkin murah. MEMANG MURAH tapi.... Kat saujana putra pon ada yang lagiiiikkk murah. Putih mata jap. Haha.
So kat dengkil tu kiteorang habis dalam 2k++. Berjaya gak la Moja dapatkan Lshape sofa dia. Punya nak sangat...
2k ++ tu kiteorang beli...
Set bilik tidur- 1050 (included mattress)
Tempat letak dapur tu -220
Tempat letak tv -190
Lshape sofa- 460
Meja makan- 260
Ada laa lagi benda kecik kecik. Ada yanh tanya apesal living room dulu? Peti ais mana??
Tanya Moja. Dia yang decide. Aku maleh nak gadoh gadoh ke apa. Next month gaji plannya nak beli peti ais - <700. Lepas tu tv besar gajah si Moja nak sangat <1000. Dan barang barang sampingan lain.
So itu Sabtu. Lepas dapat kunci weola lelaju p IKEA. haa kat sini lagi la out of control. Tapi duit dah tak banyak. Huu.
Kat MR DIY habis dalam 90++ ni beli barang2 macam senduk, penyangkut baju apa apa lah lagi. Kat IKEA plak habis dalam 120 kot. Ini lagi laa beli benda yang tak berapa perlu seperti lampu dan cermin. Niat asal nak beli coffee table rm29 tu jeee. Terlebih pulak. Tskk.
Ahad pegi cuci rumah. Tapi ada gak singgah kedai plastik beli incomplete stuff like pail dan lain lain. Habis dalam 120.
Banyak jugak bagi aku yang sangat kedekut nak keluarkan duit sekali banyak banyak. Risau aku sebab aku dah gaji. Tapi Moja dia belum gaji. So untuk next month dia tau camana nak rolling duit untuk hidup. So gadoh along the process tu biasa laa. Aku nak letak dia ambik. Aku ambik dia letak. Biasa laa gadoh. Biasaaa. Ke korang tak?? Haha
Sampai laa ke acara kemuncak cuci rumah. Ya Allah aku ingatkan best ler buat bersama tersayang. Sekali......
Buat bersama tersayang secara silent. Haha. Sebab? Moja gila perfectionist. Lepas tuu dia memang nak buat sampai bersih. Aku dah cuci toilet, dia datang cuci lagi. Lama lama aku malas. Aku ambik langsir pasangkan. Memang dia buat dari atas sampai bawah. Thanks Abang... :)
So siap mencuci tu dalam asar pukul 6. Sambung pulakkk dengan lampu dan cermin dan hiasan hiasan kecil. Kata orang semangat rumah baru laa kononnya.
Ok laa nak sambung kemas. Malam ni tak tidur rumah baru pon. Tidur Cheras, jaga umi.
May Allah increase our love in that beautiful house. May Allah ease all. Aminn aminnn.
Ada ke yang baca? Sorry ler panjang. Goodbyeee. :)
Alhamdulillah. Kalau Nak pindah rumah dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics. Maklumat lanjut boleh search ' Nizaf Mover & Logistics ' di Facebook atau layari www.nizafmover.com. tq :)
ReplyDelete