Assalamualaikum =)
last week kan aku cuti Jumaat, so macam dah cukup rehat lah untuk masak masak Sabtu. Jumaat malam tu melepak kat subang dengan kawan kawan Moja. Moja dok bising bising aku nak buat laksa, sekali dorang kata nak rasa. ehhhhh sila lahhh..
plan asal nak buat, lepas tu nak bawak rumah nenek makan makan. dah dorang nak datang, takpee make it more.
so this is our first guest. hikhik. sejak tiga minggu duduk rumah ni, mana penah ada tetamu lagi kecuali ler yang hantar perabot, tong gas semua tu. tu tak kira la kan.
so semangat, subuh pagi pagi weols dah ke kedai macam pasar. sadly BSP takdee pasar. nasib kedai runcit dia tu lengkap segala benda. beli beli barang, iols berperang kat dapur, moja buat double cleaning. double laa sebab a day before tu aku dah kemas sebab aku cuti, tapi dia nak jugakk kemas lagi. biasa dah macam tu.
dalam 12 lebih siap lah laksa sekali kek coklat bantat. tapi dorang makan sedap. tah kenapa tah resipi tu tulis camtu. aku ni pon menurut jelaa. sekali tak naik naik kek nya. boleh makan and sedap. kek apa camtu eh? tah.
then pukul 2 kawan kawan dia datang. nervous tau tak nak bagi orang makan masakan kita. sekali tengok siap bertambah, siap puji puji. okk boleh masak lagi lepas ni. jemput datang rumah lagi yer.
amin nih kawan moja dari degree. dorang memang rapat masa study first degree dulu. dah habis study pon kalau free dorang akan ada a night untuk lepak lepak. kiteorang kahwin pon date almost near. dorang early Feb kot, kiteorang last Feb. tak silap lah. so kira counting days tu sama sama.
up till dah kahwin, activity dorang melepak tu masih wajib. wayang sama sama pon wajib. aku pon join lah sekali. alang alang aku pon takdee kawan sangat dah kat sini since dorang banyak posting sarawak, so.... boleh make new friend.
best jugak lepak dengan dorang ni. kira macam boleh masuk sebab sama sama tengah merangkak masuk rumah baru, nak mula hidup, berjimat semua. so macam boleh paham each other.
lepas ni inshaAllah kalau jadi pot luck rumah dorang pulak. tak sabar! sebab shah alam aku dah plan nak ke icity dah lepas tu nanti. haha.
ok lah peti ais baru dah sampai. alhamdulillah... ada pon peti ais. last thing I need in house. yang incomplete lagi sekarang tv and mesin basuh. moja kata nak beli biar beli yang betul betul, so sabar lah kejap. tv aku takde hal pon kalau takde. aku mana lah tengok tv sangat. mesin basuh pon so far ni takpe lagi. yelah moja rajin pegi DIY dobi tu. so jadi amalan weols lah seminggu sekali pegi basuh.
bila hidup sendiri ni baru paham rasa mak mak kita yang sayang sangat ke sudu, pisau, chopping board semua. bukan murah yer nak beli. sekali beli tolong sayang. umi dulu marah betul kalo weols hempas pintu peti ais, dah kena beli sendiri baru lah tau. yerrrrrr.... bukan murah. sila sayang.
ok lahh. nak masak kejap. Moja dah lapar. byee! =)