Wednesday, 29 April 2015

Bihun sup

Assalamualaikum :)

Siap pon masak bihun sup. Dari 630 petang tung tang tung tangg.

Maaf ler gambar memang malas nak letak bukan apa pakai S3 je update blog, bila nak masuk gamba line tak cukup kuat nak upload. Hm hm

Sebabkan Moja tunjuk selera makan yang positif hari hari, tak tau ler ikhlas kee acah acah, jadi once he mentioned something aku cecepat try fulfill.

Kelmarin dia sebut sirap limau, okk semalam iols buat. Semalam dia sebut bihun sup. Erkk, tau lah hari bekerja ni payah nak berjanji. Kadang kadang dah semangat janji tetiba pening kepala. Dah semangat janji jalan jammed ke apa.

Tapi hati tu tak sampai. Buatkan lah jugakk. Tak la susah mana senanya. Tapi iols ni tak penah masuk dapur sebelum kahwin, jadilah susahhhh.

Cuma perlu extra time lah. Kalau masak biasa biasa tu 20 minit dah cukup sebab bawang semua dah blend siap. Tinggal campak campak je. Ni extra sikit lah.

Harap dia sukaa. Aminnn. Ustaz kata kalau masak baca lah ayat ayat quran yang elok, selawat kee zikir keee. Alhamdulillah la sepanjang amalkan, thou aku tak penah memasak, bila dah siap tu jadi gak rasa dia. Alhamdulillah suami suka jugak rasa dia. Harap semua kita dapat amalkan sampai tuo.

Ni menu minggu ni..

Isnin: kepah sweet sour + sayur goreng
Selasa: tomyam ayam + telur masin
Rabu: bihun sup
Khamis + jumaat- balik rumah MIL. No cookinggg... :)

Ok nak sambung kejaa. Byeee! :)

No comments:

Post a Comment